Monday, August 10, 2009

HALIA SOYA TELUR PUYUH


ANTARA KHASIAT HALIA
1. Memecah lemak /KOLESTROL dalam badan
2. Mengatasi Selulit
3. Melancarkan peredaran Darah
4. Melangsingkan Badan
5. Meredakan penyakin angin ahmar
6. Mengatasi masalah kembung perut, Sakit Perut, Sakit pinggang dab belakang
7. Melegakan sengal otot/ sendi, Kebas, bisa-bisa kaki dan lutut
8. Perangsang dan pembangkit syahwat lelaki dan perempuan
9. Mengatasi masalah ejakulasi pramatang
10. Demam,
11. Kencing Berdarah / Asma / Selsema / Cirit Birit /
12. Penyakit Kuning
13. Alergik / Sakait Kepada / migrain
14. Masalah kesuburan dan Senggugut


Khasiat dan Manfaat Susu Soya :


  1. Penurun kadar kolesterol Lecitin Soya dan Isoflavon pada Soya berperanan memperbaiki profil lipid yang boleh menurunkan kolesterol dan trigliserida.
  2. Penurun kadar gula dalam darah Isoflavon kedelai juga memberikan efek homeostaisis glukosa, sekresi insulin dan metabolisme lipid yang mampu mengendalikan glukosa darah pada penderita diabetes.
  3. Berperanan sebagai antioksidan . Ini karena dalam Soya mengandungi senyawa yang melindungi sel tubuh dari radikal bebas penyebab kenser dan penuaan awal. Radikal bebas beroksidasi dengan kolesterol jahat mengakibatkan tumbuhnya plak (lemak) dalam jaringan pembuluh darah.
  4. Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit Kandungan peptide (rangkaian asid amino) pada kedelai bisa meningkatkan kekebalan tubuh untuk melawan berbagai serangan penyakit.
  5. Mengatasi berbagai masalah pencernaan Kandungan serat yang cukup tinggi pada Soya terbukti bisa membantu mengatasi masalah pencernaan seperti Gastrik, radang saluran pencernaan, susah buang air besar.
  6. Meningkatkan hayat tulang dan mengatasi osteoporosis . Isoflavon dan Kalsium tinggi pada Soya mempunyai fungsi meningkatkan kepekaan dan kepadatan tulang, serta pengaruh protein Soya yang mampu mengurangi pengeluaran kalsium pada saat buang air besar. Hal ini bagus bagi yang berusia 40 tahun ke atas terutama wanita yang menopouse untuk mengurangi atau mengatasi osteoporosis.
  7. Mengurangi keluhan saat menopause. Hal ini diperkuat oleh penelitian Dr. Herman Adlercreutz, seorang peneliti bidang fitoestrogen yang menemukan fakta bahwa kandungan Isoflavon soya dapat mengurangi keluhan wanita menopouse.
  8. Mengatasi masalah kegemukan / obesitasi. Soya merupakan sumber protein diet yang tepat karena susu soya sangat kaya akan kandungan fitoestrogen seperti Isoflavon dan lignan yang berpengaruh pada metabolisme energi.
  9. Mengurangi resiko kenser prostat dan payudara Peranan genistin pada susu soya membantu mengontrol keseimbangan hormone. Mekanisme penurunan resiko kanser prostat oleh susu soya melalui penghambatan proliferasi sel dan menunda bahkan menghentikan proses pertumbuhan sel kanker.
  10. Membantu mengurangi resiko sakit ginjal. Ini terjadi karena kandungan protein soyai lebih mudah diterima ginjal, sehingga dapat meringankan kerja ginjal, yang jangka panjangnya akan sangat membantu dalam mengurangi kerusakan ginjal.

Satu Formulasi terkini dalam industri minuman tradisi
Ekstrak Halia + Soya + ekstrak telur Puyuh


Di Edarkan oleh
Kelab Kominiti dijari kelantan dangan kerjasama
Wawasan Paradigma Sdn. Bhd melalui Online Sistem
( www.dijari.com )

Saturday, June 13, 2009

SEMINAR TERKINI KAEDAH JIBRIL






Assalamualaikum W.B.H.

Tuan / Puan yang dirahmati Allah sekalian,

Jika anda mencari cara PRAKTIKAL, BERKESAN dan kaedah TERBUKTI untuk mudah menghafaz surah Al-Quran idaman, seminar sehari ini adalah kesempatan yang PALING PENTING untuk anda hadir!

Mengapa? Kerana ia akan membuka kesempatan yang tidak pernah anda fikirkan tentang ’menghafaz surah Al-Quran’.

Segala yang saya katakan disini bukannya omongan kosong kerana ia memang sudah TERBUKTI!. Tetapi sayangnya, ramai diantara kita ’memendam rasa’ untuk menghafaz surah Sajadah dll, kerana kita tidak didedahkan dengan tips dan ’clue’ bagaimanakah teknik yang berkesan, dan apakah kaedah ’step-by-step’ untuk menjayakannya.

Melalui KAEDAH JIBRIL, Peluang sudah terbuka untuk anda memindahkan isi kandungan Al-Quran yang berada di hujung Almari buku, terus ke dalam hujung ingatan anda!

Ribuan peserta dari seluruh pelosok Malaysia telah menyertainya....

Kini, peluang untuk anda menggantikan surah 'lazim' dalam solat kepada surah yang lebih panjang sudah terbuka......sertai :

“Sesungguhnya kami telah memudahkan Al-Quran untuk diingat, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan “ –
surah Al-Qomar, 17






Sertai seminar sehari EKSKLUSIF berimpak tinggi yang akan membimbing anda langkah-demi-langkah untuk berhasil menghafaz surah idaman berpandukan Kaedah Jibril yang telah terbukti berkesan dan sangat praktikal!...














Ketahui segala tips & teknik rahsia
mudah menghafaz surah Al-Quran
dari pakar hafazan Al-Quran selama
16 tahun melalui KAEDAH JIBRIL :

kaedah menghafaz Surah Al-Quran
terbaru yang menjamin anda mampu
menghafaz 10 surah popular, hanya
dalam 6 bulan 2 minggu sahaja!

Sangat SESUAI untuk pelajar SEKOLAH
MENENGAH, mahasiswa IPT & mereka
yg SIBUK bekerja dgn urusan harian !!


PENGASAS KAEDAH JIBRIL
Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz
B.A (Hons) Al-Quran, U. Al-Azhar,
Masters (Psychology), U.K.M






OBJEKTIF
Hadis Rasulullah S.A.W dengan maksudnya :
“Sebaik baik kami ialah mereka yang mempelajari Al_Quran dan mengajrkannya ( kepada orang lain ) – Riwayat Bukhari.

Misi mulia yang ingin disebarluaskan melalui KAEDAH JIBRIL ialah memasyarakatkan Al-Quran, agar dengannya masyarakat akan merasa lebih menghargai, mencintai dan meletakkan Al-Quran di tempat yang selayaknya, iaitu sebagai “manual” panduan ulung.

Keistimewaan kaedah jibril

Kaedah ini juga menekankan imput bercorak motivasi, membangun dan pengubahan jiwa agar peserta lebih memahami potensi diri mereka untuk menjadi manusia yang peling bermutu di sisi Ilahi.

APAKAH YANG BAKAL DIPEROLEHI OLEH PESERTA :





  1. Menguatkan lagi tahap penumpuan dalam mengingat serta melatih kekuatan fikiran dan ingatan

  2. Menyedari bahawa kitab al-Quran adalah kitab yang sangat mudah untuk dihafaz, melalui kaedah yang sistemetik dan praktikel
    Peserta akan mengatahui kaedah mudah dan praktikel untuk menghafaz 10 sarah pilihan dalam jangkamasa tidak sampai setahun

  3. Mendekat dan merapatkan lagi peserta dengan kitab terulung iaitu Al-Quran.
    Merasai sendiri dinamika “Hidayah” Al-Quran melalui pengalaman menghafaz yang secara tidak langsungakan berperanan sebagai “internel Filter” kepada ‘subconscious mind’

  4. Menggerakkan satu demensi baru dalam kehidupan iaitu proses ‘zikir’ yang perlu sentiasa diperkuatkan di samping proses ‘zikir’ yang sentiasa diaplikasikan

  5. Tujuan akhir : untuk melahirkan individu yang sentiasa peka terhadap Al-Quran dan sentiasa menyangjung tinggi serta berinteraksi dengan Al-Quran dalam kehidupannya.


KUMPULAN SASARAN
Seminar kaedah jibril ini direka untuk golongan muslim yang ingin lebih menghayati Al-Quran iaitu :





  1. Pelajar sekolah menengah, Universiti dan IPT

  2. Pekerja sector Kerajaan , Swasta yang ingin merasai nilai dinamika Al-Quran ditengah urusan harian

  3. Suri Rumah yang inginkan perubahan gaya hidup

  4. Golongan remaja/dewasa yang ingin meneroka satu pengalaman baru dalam berinteraksi dengan Al-Quran.

    METODOLOGI PELAKSANAAN SEMINAR

    Segala modul ceramah akan disampaikan oleh pengasasnya sendiri iaitu Ustaz Asraff dalam bentuk santai, menarik dan interaktif melalui :

    · Ceramah penerangan bantuan powerpoint
    · Pembentangan Slide-Show malalui LCD projector
    · Kertas kerja yang disusu secara’step-bystep’
    · Praktikal hafazan secara talaqqi dan musyafahah
    · Tayangan video keajaiban Al-Quran
    · Lukisan penerangan di white board
    · Sesi soal jawab dan perbincangan

    TARIKH /LOKASI/KOS SEMINAR

    TARIKH : 20hb..Jun 2009 / Sabtu
    MASA : 8.30am – 5.30 pm
    LOKASI : Auditorium MARA kota Bharu
    YURAN : RM85.00
    * diskaun 20% untuk ahli kelab – RM68

KELAB KOMUNITI DIJARI KELANTAN ( DIJARI)
RHB Islamic Bank : 20305360001953
TARIKH AKHIR PENDAFTARAN :
18hb. Jun 2009

Wednesday, March 18, 2009

PAKEJ PROMOSI BERNILAI RM 275.00 UNTUK AHLI

Tarikh Tutup Penyertaan : 18hb.April 09
1. Usahawan Kreatif - Mencipta Peluang Perniagaan( 1 HARI )
Tarikh 25-04-2009
Masa :8.30am - 6.30 pm
3 tajuk utama dalam sesi ini ialah:
1. Mencipta Peluang Perniagaan
2. Membina Mentaliti Seorang Usahawan
3. Teknik Meningkatkan Kepakaran

2. Seminar ”Jutawan Internet” bersama Irfan Khairi ( 1 HARI )
Tarikh :09hb. May 2009
Masa : 8.30am – 6.30pm
Tempat : Perdana Resort PCB

Mencungkil kekuatan dan potensi diri (motivasi & inspirasi)Irfan akan membawa audiens menyelami potensi diri masing-masing dengan menerapkan prinsip kejayaan yang digunakan oleh insan-insan yang berjaya di seluruh dunia. Irfan juga telah menggunakan prinsip kejayaan tersebut sehingga mencapai pendapatan melebihi RM1,000,000 ketika berumur 25 tahun

3. Praktikal Keusahawanan Internet ( 1 HARI )
Tarikh :06hb. Jun 2009
Masa : 8.30am – 6.30pm
Tempat : Perdana Resort PCB
Antara tajuk utama program ini:
1. Asas menggunakan perisian NVU, Macromedia Fireworks dan Dreamweaver.
2. Teknik merekacipta laman web sendiri
3. Teknik menguruskan laman web


4. Keusahawanan Internet 3 Dalam 1 ( 1 HARI )
Tarikh :30hb. July 2009
Masa : 8.30am – 6.30pm
Tempat : Perdana Resort PCB
Program ini terbahagi kepada 3 bahagian utama:
1. Memilih Produk atau Pekhidmatan yang sesuai diniagakan di internet
2. Membina laman web yang berkesan
3. Membina komuniti pengunjung yang setia

* sebarang perubahan akan diberitahu

Termasuk Pendaftaran Ahli Kelab Dijari
PESERTA ADALAH TERHAD 50 SAHAJA
Hantar cek RM275 melalui pos atau
Hantar wang pos / kiriman wang RM275 melalui pejabat pos
Atas Nama Presiden Kelab :
Wan Janihah Bt. Wan Abu Hanipah
PT 2658 Taman Sentosa Jaya,
16450, Kok Lanas, Ketereh.
Kelantan Darulnaim.

Sila turut sertakan maklumat berikut:
Nama anda
Alamat surat menyurat
Alamat E-Mail anda
Nombor telefon: Rumah dan Telefon bimbit

Monday, March 9, 2009

Modul kursus yang akan di laksanakan sepanjang program :

MODUL KURSUS
BULAN
FASILITATOR / FEE
1. Usahawan Kreatif - Mencipta Peluang Perniagaan.

April 2009
8.30am – 5.30pm
Profesional Trainer
En. Osman Affan
RM 345.00 /RM 150.00*
2. Pemasaran Dalam IT dan Aplikasi E-Dagang
April 2009
8.30am – 5.30pm

Profesional Trainer
En. Osman Affan
RM 345.00/RM 150.00*
3. Sehari bersama Jutawan Internet Malaysia
Mei 2009
8.30am – 5.30pm

Jutawan Internet Malaysia
Irfan Khairi
RM740.00 / RM250.00**
4. Praktikal Keusahawanan Internet & Bengkel
Teknik membangun laman web / Blog

Jun 2009
8.30am – 5.30pm

Profesional Trainer
En. Zahir &
En Osman Affan
RM 345.00/RM 150.00*
5. Keusahawanan Internet 3 Dalam 1

July 2009
8.30am – 5.30pm
Profesional Trainer
En Osman Affan
RM 345.00/RM 150.00*
6. Workshop Perniagaan Internet

Oct. 2009
8.30am – 5.30pm

Jutawan Internet Malaysia
Irfan Khairi
RM1,040.00

* Diskaun untuk ahli ** Untuk Promosi sahaja

Potensi kita yang luar biasa

Fikirkan dan “demand” yang terbaik untuk diri kita. Yakin bahawa kita mempunyai potensi yang amat luar biasa dan kita boleh berjaya dalam apa sahaja kita lakukan sekiranya kita letakkan fokus kita sepenuh hati kepada perkara tersebut.
Bayangkan juga masa depan kita hanya dihadkan oleh imiginasi kita dan apa sahaja pencapaian kita sehingga hari ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang sebenarnya boleh kita capai.


Fikirkan bahawa waktu-waktu terbaik kita akan datang tidak lama lagi dan apa sahaja yang telah kita lalui sebelum ini adalah satu persiapan untuk mencapai sesuatu yang lebih hebat di masa hadapan!

Sering ingatkan dan fikirkan perkara ini, dan potensi yang amat hebat akan dapat dicungkil dari diri kita!by Irfan Khairi

Saturday, February 14, 2009

5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)

by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
Ramai yang tanya, apakah tip-tip panas (hot tip!) untuk perniagaan sempena tahun 2009 ni…

Here’s 5 tips from me:
  1. Target “baby boomers” mereka yang ramainya tidak effected dengan economy meltdown. Mereka adalah dalam lingkungan umur 50+
  2. Target produk “affordable” dan bukan “luxury”. Sesuatu yang mampu dibeli dan bukan sesuatu yang untuk kemewahan.
  3. Mulakan perniagaan yang berkos rendah - kos permulaan dan overhead rendah. The best is Soho (small offcie, home office) seperti perniagaan Internet atau pun perniagaan perkhidmatan.
  4. Produk kesihatan (health & wellness) akan berada dalam permintaan tak kira ekonomi jatuh/naik.
  5. Produk-produk organik juga antara trend baru perniagaan yang akan boom


Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapat mengubah approach perniagaan supaya dapat sustain tak kira ekonomi turun/naik.


Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk target market baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru.
All the best dalam perniagaan 2009!

Thursday, February 12, 2009

KURSUS MEMPERKASA GENERASI INTERNET

Kami mempelawa mana-mana individu untuk menyertai kursus ini .
Kursus ini di kendalikan oleh “PROFESIONAL TRAINER”.
Bakal Usahawan Internet Sekalian!!!
Internet telah membuka satu dimensi dan medium baru dalam dunia perniagaan di Malaysia dan seluruh dunia. Jika dahulu Air Asia telah memonopoli proses jualan tiket penerbangan melalui internet, kini bermacam-macam lagi syarikat dan perniagaan lain telah menggunakan internet sebagai medium jual beli dan fenomena ini telah berkembang dengan amat pesat sekali. Mengikut statistik daripada Internet World Stats
http://www.internetworldstats.com/, sehingga 31 December 2007 terdapat 1,319,872,109 pengguna internet seluruh dunia.

Antara objektif nya adalah :
  1. Memberi bimbingan dan kemahiran asas dalam bidang ICT untuk membolehkan peserta-peserta memperluaskan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan mereka


  2. Menggalakkan masyarakat /Graduan berdikari dengan memanfaatkan sepenuhnya teknologi ICT yang diperolehi untuk terlibat dalam dunia perniagaan internet .


  3. Menggalakkan peserta-peserta menjadi usahawan internet dengan menggunakan sepenuhnya kemahiran teknologi Internet atau dotcom untuk memasarkan produk atau perkhidmatan bukan sahaja kepasaran tempatan malah kepasaran global secara perseorangan atau berkumpulan bagi tujuan menambahkan pendapatan mereka.

  4. Melahirkan generasi celik IT, mampu membangunkan laman web / Blog sendiri untuk menjalankan perniagaan internet dan kepentingan organisasi.

Program ini adalah sebuah platform terbaik yang boleh membantu Individu-Individu yang berminat untuk memulakan Perniagaan Internet tetapi tidak mempunyai asas pengetahuan mengenai Perniagaan Internet., Kursus ini merupakan titik permulaan untuk anda memulakan perniagaan internet
Firman Allah :”Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan dari kalangan kami beberapa darjat” ( al-mujadalah : 11 )

MODUL KURSUS ( 1 HARI SETIAP MODUL )

i.
Modul 1 : Usahawan Kreatif - Mencipta Peluang Perniagaan.

Tujuan utama sesi diadakan ialah untuk mendedahkan peserta kepada peluang-peluang yang menanti mereka.

ii. Modul 2 : Pemasaran Dalam IT dan Aplikasi E-Dagang
Merentasi Teori ( RM 345.00 )

Tujuan utama untuk memberi pendedahan asas kepada para peserta tentang cara mengaplikasikan pengetahuan ICT untuk menjana pendapatan.

iii. Modul 3 : Perjalanan Menuju Matlamat ( RM 345.00 )

Terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu:
1. Persediaan Minda - Perjalanan Menuju Matlamat
2. Kemahiran Berfikir kreatif

iv . Modul 4 : Praktikal Keusahawanan Internet ( RM 345.00 )

Teknik-teknik membangun laman web/ Blog secara praktikal di dalam makmal komputer kemudian disusuli dengan bengkel.

Yuran Penyertaan : ( Pakej : Modul i, ii, iii, iv )

Promosi untuk masa terhad sahaja
Ahli Kelab : RM 235.00 ( + Yuran Kelab RM25.00 )
Bukan Ahli Kelab : RM 450.00

Yuran Pendaftaran Ahli Kelab Dijari :

1. Yuran pendaftaran : RM 10.00

2. Yuran Tahunan : RM 15.00

· Percuma Web Hosting
· Sagu Hati RM 50.00 untuk peserta melalui anda

Monday, February 9, 2009

Muslim perlu kuasai bidang ekonomi untuk perbaiki nasib

Potensi umat Islam dalam bidang ekonomi sangatlah besar di seluruh dunia Islam. Tetapi sayang, umat Islam masih menjadi pengguna, bukan pengeluar. Usaha mengembalikan potensi ekonomi umat Islam mestilah dimulai dari memperbaiki kualiti sumber daya manusia itu sendiri. Peningkatan kualiti sumber daya manusia hendaklah dimulai daripada cendekiawan dan pengusaha Muslim supaya terus membuat program barangan keluaran Muslim. Salah satu hal yang perlu diberi perhatian utama dalam menegakkan potensi ekonomi umat Islam adalah menciptakan kualiti sumber daya manusia Muslim yang mantap.

Kedua, perancangan strategik yang mampu memenuhi keperluan umat secara telus dan mendasar sehingga umat Islam merasa bangga dan prihatin dengan hasil kerja saudaranya sesama Islam. Ketiga, dari sudut kualiti tenaga kerja, persiapan pada peringkat bawahan sudah mampu dibekalkan dengan tenaga mahir serta berkemampuan.

Jepun menjadi negara maju kerana menguasai ekonomi. Yahudi menguasai dunia kerana potensi ekonomi. Umat Islam dapat mematahkan pengaruh ekonomi Yahudi yang begitu kuat hanya dengan kekuatan ekonomi, bukan dengan kekerasan dan keganasan.

Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, sektor ekonomi dikuasai Yahudi, lalu Baginda SAW membuat dan membeli tanah lapang untuk dijadikan pasar wakaf. Sebelumnya ada tiga pasar yang dikuasai orang Yahudi iaitu Zabalah, Yasari dan Safasir. Kemudian Baginda memerintahkan pedagang Muslim untuk berpindah ke pasar wakaf. Dalam tempoh lapan bulan, ketiga-tiga pasar Yahudi itu menderita kerugian besar. Demikian semoga hal ini menjadi aspirasi bagi umat Islam keseluruhannya.

Islam tuntut umat kejar kemajuan

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada kelompok mereka." (Surah ar-Ra'd, ayat 11)

Kebekuan pemikiran adalah disebabkan manusia tidak mempergunakan segala nikmat pancaindera yang dianugerahkan Allah untuk menilai kebesaran dan nikmat-Nya. Lantaran itu mereka tetap dalam lubuk kegelapan dan sukar menerima perubahan. Gagal mempergunakan pancaindera untuk menilai perubahan yang akan mendapat kutukan Allah.
"Sesungguhnya Kami sediakan neraka Jahanam itu untuk jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi mereka tidak cuba memahami, mempunyai mata tetapi tidak berusaha melihat (nikmat Allah), mempunyai mata tetapi tidak berusaha melihat (nikmat Allah), mempunyai telinga tetapi tidak mendengar. Mereka umpama haiwan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah al-Aqraf, ayat 79)

Perasmian Program Memperkasakan Belia dijari.com Dun Kok Lanas


Perasmian Program Memperkasakan Belia dijari.com Dun Kok Lanas, Kelantan Darul Naim oleh Senator Dato Haji Ahmad Rosli bin Ibrahim pada 26 Julai 2008.

Majlis Perasmian SEMINAR KEUSAHAWANAN INTERNET


Majlis Perasmian "SEMINAR KEUSAHAWANAN INTERNET MUSLIM dijari.com" oleh Yang Berhormat Abdul Fatah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan Darul Naim pada 1 Nov 2008 bertempat di Juita Inn, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Thursday, February 5, 2009

ISLAM TERCABAR

ISLAM TERCABAR

Umat Islam kini menghadapi pelbagai krisis yang mengakibbatkan Islam itu sendiri disalahertikan serta tidak nampak akan keindahan dan kehebatannya. Krisis akidah , akhlak, kemunduran dan perpecahan merupakan antara yang kritikal yang perlu ditangani .

Keadaan ini memberi gambaran seolah-olah Islam tidak berupaya membina kecemerlangan serta gagal menyelesaikan masalah umatnya masa kini.

Sabda Rasullullah saw:
”Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya”


JIHAD MUAMALAH

Justeru , tuntutan supaya bangkit dan kembali dihormati perlu menjadi agenda utama setiap individu Muslim Mukmin. Maruah dan martabat Islam dan umatnya wajib diangkat dan dijulang kembali setingginya seperti tingginya kedudukan itu sendiri. Islam perlu diyakini mempunyai sistem dan carnya yang tersendiri mencakupi pelbagai aspek dalam membina ketamadunannya. Khazanah ini perlu di bongkar dan diterokai supaya dapat dimanafaatkan oleh umatnya.

Jihad dan persediaan untuk bangkit perlu dibuat daripada setiap sudut. Salah satu daripada cabang jihad yang boleh dimanafaatkan dan masih belum mencapai tahap memberangsangkan ialah Jihatd dalam bidang Muamalat yang masih terdapat banyak ruang yang boleh dipertingkatkan.

Mempertahankan kekayaan adalah salah satu daripada elemen penting dharuriat. Dharuriat melibatkan tanggungjawab mempertahankan elemen-elemen kritikal demi memastkan survival diri dan masyarakat. Para Ulama’ menggariskan lima elemen penting dharuriat yang wajib dipelihara oleh umat Islam yang juga disebut sebagai Maqasid Syari’iyah demi memastikan masalah umum mereka tidak tergurat iaitu merangkumi :

1. Mempertahankan aqidah
2. Mempertahankan Nyawa
3. Mempertahankan akal dan intelek
4. Mempertahankan Harta dan
5. Mempertahankan keturunan

Ini bermakna, umat Islam juga perlu kaya material, Pencapaian minima yang perlu disasarkan adalah supaya tidak menjadi golongan yang layak menerima zakat (asnaf) disebabkan kefakiran dan kemiskinan iaitu setiap imat Islam perlu melepasi huddul-kifayah. Manakala had kekayaan minima yang seharusnya disasarkan ialah supaya seseorang itu sekurang-kurangnya mampu mengeluarkan zakat atas harta kekayaannya.

Islam meletakkan maksud yang jelas pada definasi kejayaan iaitu al-falah. Imam Ghazali mendifinasikan al-Falah sebagai kegembiraan hakiki. Kejayaan dari perspektif Islam terbahagi kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Kejayaan di akhirat adalah matlamat sebenar setiap Muslim dan disinilah erti kegembiran yang hakiki dapat dikecapi. Disanalah kehidupan sebenar bermula.

Penting ditegaskan disini, kekayaan material yang hendak kita bina perlu ditegakkan atas spitual dan rohani yang utuh. Ini penting bagi memastikan kekuatan jiwa seseorang itu tidak mudah hanyut oleh pesona keduniaan. Kekuatan material sahaja tanpa kekuatan spritual dapat menghanyutkan dunia dalam kepalsuan dunia.

Keseimbangan antara keduanya adalah merupakan satu tuntutan . Jihad Muamalat menuntut kita menjadi kaya dan menggunakan kekayaan ini demi menegakkan Islam. Hal ini adalah kerana kekayaan material menyediakan jalan dan peluang yang lebih besar bagi kita mencapai kejayaan yang hakiki di akhirat ( al-Falah ).

Wednesday, February 4, 2009

PENYERTAAN PROGRAM

MEMPERKASA GENERASI INTERNET MUSLIM

Menyedari betapa pentingnya mendalami pengetahuan teknologi maklumat yang hanya di hujung JARI ini di pelajari dan di kuasai serta tidak rela tertingal dan mundur dalam mengharungi dunia globalisasi,gagal menguasai bermakna seluruh generasi akan melarat dan merempat. Jadi betapa pentingnya komuniti jaringan yang besar dan berpakat perlu kita bimbing dan bentuk, ICT serta rasa permuafakatan adalah tunjang dan penentu kejayaan jaringan itu sendiri

Satu kebolehan yang anda perlu amalkan untuk mencapai kejayaan dengan cepat adalah kebolehan mengimplementasikan apa yang anda belajar dengan cepat. Program ini disasarkan untuk :

1. Mereka yang bekerja fulltime dan ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah secara parttime


2. Suri rumah / Armalah yang ingin memulakan perniagaan sampingan dari rumah

3. Pelajar-pelajar lepasa SPM / STPM / IPTS yang ingin pendedahan kepada berniaga di Internet

4. Golongan pesara yang ingin mempelajari perniagaan Internet untuk pendapatan sampingan

5. Graduan yang masih belum bekerja dan ingin menjadikan Internet sebagai sumber pendapatan

6. Pemilik perniagaan yang ingin memperluaskan perniagaan mereka di Internet

7. Golongan profesional yang ingin mengetahui cara bagaimana Internet boleh mengembangkan profesion mereka.

8. Mereka yang ingin kebebasan bekerja di rumah bersama keluarga...

Memperkasa Pendidikan dan pembangunan modal insan adalah suatu agenda yang besar. Ia perlu dirancang dengan teratur dan sempurna. Banyak usaha dan tindakan yang berkesan perlu dilakukan oleh semua pihak khususnya di kalangan saudara kita . Perubahan tidak berlaku begitu sahaja. Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.

MODUL KURSUS
Kursus ini memakan masa selama 6 bulan. Ianya merangkumi sesi kursus dalam kelas , praktikal serta pemantau untuk menjalankan perniagaan internet, Berdasarkan modul-modul kursus ini peserta akan didedahkan dengan peluang perniagaan Internet, motivasi kejayaan, praktikal membangun Laman Web / Blog dalam makmal komputer serta penyelenggaraannya .

Peserta juga akan dibimbing untuk membentuk “Networking” perniagaan secara on line dan of line, sehingga peserta mampu menjana pendapatan sebelum tamat program ini. Antara modul nya adalah


i. Modul 1 : Usahawan Kreatif - Mencipta Peluang Perniagaan.( Satu Hari )

Tujuan utama sesi diadakan ialah untuk mendedahkan peserta kepada peluang-peluang yang menanti mereka.

ii. Modul 2 : Pemasaran Dalam IT dan Aplikasi E-Dagang Merentasi Teori ( 1 Hari )

Tujuan utama untuk memberi pendedahan asas kepada para peserta tentang cara mengaplikasikan pengetahuan mereka untuk menjana pendapatan.

iii. Modul 3 : Perjalanan Menuju Matlamat ( 1 Hari )

Terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu:
(1) Persediaan Minda - Perjalanan Menuju Matlamat
(2) Kemahiran Berfikir kreatif
Program persediaan minda - Perjalanan Menuju Matlamat.

iv . Modul 4 : Praktikal Keusahawanan Internet ( 1 Hari )

Teknik-teknik membuat laman web secara praktikal di dalam makmal komputer

Bengkel : Teknik-teknik membangunkan Laman Web & Blog secara praktikal di dalam makmal komputer - Penguasaan

PROGRAM INI AKAN DIKENDALIKAN OLEH TEAM DIJARI.COM DENGAN MENAMPILKAN " Professional Trainer "

Sesiapa yang ingin mendapatkan pejelasan lanjut boleh menghubungi :
Presiden Kelab : Sdra. Ariff - 012-9595992
Timbalan Presiden : Cg. Alias -014-8142021
Setiausaha : Sdra. Hazizi : 013-9305003
T. Setiausaha : Mr. Tommy : 013-9263735

SEMINAR MEMPERKASA GENERASI INTERNET MUSLIM






Tujuan utama PROGRAM MEMPERKASA GENERASI INTERNET MUSLIM ini adalah untuk memberikan pendedahan, kesedaran dan menggalakkan penggunaan teknologi ICT kepada semua golongan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti Kelab yang berasaskan ilmu. Imu merupakan asas yang perlu dimilikidan dikuasai oleh manusia.


Firman Allah :”Allah meninggikan darjat orang-orang yang berimandiantara kamudan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuandari kalangan kami beberapa darjat” ( al-mujadalah : 11 )


Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah dengan pekerjaan mereka, termasuk juga mereka yang tidak ada kerja. Mereka ini harus memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perniagaan melalui internet ini. Ia boleh dijalankan di rumah dengan kos yang sungguh minimum.

Bagi graduan menganggur pula, mereka patut merebut peluang ini dan tidak menunggu pekerjaan makan gaji. Bahkan saya sarankan bukan sahaja kepada graduan menganggur, tetapi sesiapa juga sebagai satu cara mendapatkan pendapatan sampingan dan memantapkan ekonomiIrfan Jutawan Internet Malaysia


Bumiputera yang memiliki tahap ekonomi yang masih rendah tidak harus melepaskan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja. Peluang ini harus direbut sebaik mungkin kerana ia sedang terbuka luas dan masih banyak ruang yang belum diteroka, memandangkan Malaysia masih lagi berada di tahap awal dalam penerimaan perniagaan melalui internet.

Perniagaan internet adalah penyelesai kepada banyak masalah. Ia boleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi kesesakan lalu lintas, kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak serta kepada mereka yang masih menganggur, ini adalah peluang untuk membentuk peluang pekerjaan bagai mereka.

PENGENALAN

Kelab Komuniti DiJari Kelantan ( DiJari ) telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara ROS. DiJari yang membawa maksud dunia ICT berada di hujung jari anda dan anda mampu Menjana Pendapatan Di Hujung Jari anda. Asas penubuhan Kelab DiJari adalah untuk menyatukan ahli-ahli yang mempunyai satu wawasan kearah mewujudkan masyarakat ICT di Kelantan serta merapatkan jurang digital antara masyarakat.

Pengertian Logo / Lambang

1. Hitam melambangkan Kemewahan , kelincahan dalam mengatur kehidupan yang seimbang.

2. Hijau melambangkan Alam semulajadi yang sungguh romantik,penuh dengan keindahan dan kedamaian yang dapat menjernihkan pemikiran dan unsur keseimbangan dalam kehidupan

3. Merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu serta semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran , Menarik perhatian serta berwibawa

4. Putih melambangkan Kesucian, keikhlasan serta kesucian . Bermoral, anggun dan idealis.

5. Asas Logo Kelab Komuniti DiJari ( DiJari ) terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan prinsip, Kemantapan, dan perjuangan memartabatkan keilmuan untuk kebahagian dan kesejahteraan sejagat.

6. DiJari.com adalah membawa makna Dunia Teknologi IT di hujung jari anda serta memfokoskan setiap ahli menggunakan sepenuhnya teknologi internet atau dotcom

7. “Your global gateway” yang membawa maksud gerbang dunia tanpa sempadan

8. Bulan Sabit melambangkan komuniti yang beragama islam


TUJUAN / MATLAMAT

Tujuan asas penubuhan Kelab Komuniti Dijari Kelantan sepertimana yang telah dijelaskan oleh Pengerusi Kelab adalah ::

1. Memberikan pendedahan , kesedaran dan menggalakkan penggunaan teknologi ICT kepada semua golongan masyarakat

2. Mewujudkan dan memupuk masyarakat berpengetahuan ICT serta menyuburkan budaya dan cara hidup menggunakan teknologi maklumat dikalangan ahli kelab.

3. Menyediakan ruang kepada ahli untuk melibatkan diri dalam arus perkembangan teknologi maklumat serta dapat merapatkan jurang digital di kalangan ahli kelab melalui komunikasi maya dan penggunaan aplikasi teknologi maklumat.

4. Memberi pendedahan awal kepada ahli dan bakal usahawan tentang keusahawanan internet dan perniagaan multi media.

5. Membentuk sikap keusahawanan internet muslim dikalangan ahli dan memberi dorongan kepada ahli dan bakal usahawan untuk memilih keusahawanan internet sebagai kerjaya pilihan masa depan serta mempercepatkan proses melahirkan usahawan Bumiputera kelas menengah

6. mewujudkan rantaian kerjasama antara ahli dan bakal usahawan, kerajaan dan syarikat swasta dalam pembangunan usahawan atau ‘Networking’.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan Kelab ini adalah sebagai usaha kearah :

Menyediakan saluran kepada masyarakat untuk berkongsi maklumat dan bersama-sama terlibat dalam perkembangan ICT semasa.

Agenda aktiviti kemasyarakatan yang fokus utamanya adalah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi persediaan ke arah Negeri Kelantan sebagai Pusat Siber .

Menyediakan saluran kepada masyarakat untuk berkongsi maklumat dan terlibat secara langsung dalam program-program memperluaskan penggunaan dan pembudayaan ICT di negeri Kelantan.

KEAHLIAN

Keahlian Kelab Komuniti DiJari Kelantan (DiJari) adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia Lelaki dan Perempuan yang tinggal di Negeri Kelantan yang telah mencapai umur 18 tahun keatas. Bayaran pendaftaran masuk adalah :

Yuran Pendaftaran RM 10.00
Yuran Tahunan RM 15.00
Sumbangan RM 05.00
JUMLAH RM 30.00


Faedah Khairat Kematian PERCUMA berjumlah RM2,000.00 untuk setiap ahli