Wednesday, February 4, 2009

SEMINAR MEMPERKASA GENERASI INTERNET MUSLIM






Tujuan utama PROGRAM MEMPERKASA GENERASI INTERNET MUSLIM ini adalah untuk memberikan pendedahan, kesedaran dan menggalakkan penggunaan teknologi ICT kepada semua golongan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti Kelab yang berasaskan ilmu. Imu merupakan asas yang perlu dimilikidan dikuasai oleh manusia.


Firman Allah :”Allah meninggikan darjat orang-orang yang berimandiantara kamudan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuandari kalangan kami beberapa darjat” ( al-mujadalah : 11 )


Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah dengan pekerjaan mereka, termasuk juga mereka yang tidak ada kerja. Mereka ini harus memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perniagaan melalui internet ini. Ia boleh dijalankan di rumah dengan kos yang sungguh minimum.

Bagi graduan menganggur pula, mereka patut merebut peluang ini dan tidak menunggu pekerjaan makan gaji. Bahkan saya sarankan bukan sahaja kepada graduan menganggur, tetapi sesiapa juga sebagai satu cara mendapatkan pendapatan sampingan dan memantapkan ekonomiIrfan Jutawan Internet Malaysia


Bumiputera yang memiliki tahap ekonomi yang masih rendah tidak harus melepaskan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja. Peluang ini harus direbut sebaik mungkin kerana ia sedang terbuka luas dan masih banyak ruang yang belum diteroka, memandangkan Malaysia masih lagi berada di tahap awal dalam penerimaan perniagaan melalui internet.

Perniagaan internet adalah penyelesai kepada banyak masalah. Ia boleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi kesesakan lalu lintas, kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak serta kepada mereka yang masih menganggur, ini adalah peluang untuk membentuk peluang pekerjaan bagai mereka.

No comments:

Post a Comment