Thursday, February 12, 2009

KURSUS MEMPERKASA GENERASI INTERNET

Kami mempelawa mana-mana individu untuk menyertai kursus ini .
Kursus ini di kendalikan oleh “PROFESIONAL TRAINER”.
Bakal Usahawan Internet Sekalian!!!
Internet telah membuka satu dimensi dan medium baru dalam dunia perniagaan di Malaysia dan seluruh dunia. Jika dahulu Air Asia telah memonopoli proses jualan tiket penerbangan melalui internet, kini bermacam-macam lagi syarikat dan perniagaan lain telah menggunakan internet sebagai medium jual beli dan fenomena ini telah berkembang dengan amat pesat sekali. Mengikut statistik daripada Internet World Stats
http://www.internetworldstats.com/, sehingga 31 December 2007 terdapat 1,319,872,109 pengguna internet seluruh dunia.

Antara objektif nya adalah :
  1. Memberi bimbingan dan kemahiran asas dalam bidang ICT untuk membolehkan peserta-peserta memperluaskan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan mereka


  2. Menggalakkan masyarakat /Graduan berdikari dengan memanfaatkan sepenuhnya teknologi ICT yang diperolehi untuk terlibat dalam dunia perniagaan internet .


  3. Menggalakkan peserta-peserta menjadi usahawan internet dengan menggunakan sepenuhnya kemahiran teknologi Internet atau dotcom untuk memasarkan produk atau perkhidmatan bukan sahaja kepasaran tempatan malah kepasaran global secara perseorangan atau berkumpulan bagi tujuan menambahkan pendapatan mereka.

  4. Melahirkan generasi celik IT, mampu membangunkan laman web / Blog sendiri untuk menjalankan perniagaan internet dan kepentingan organisasi.

Program ini adalah sebuah platform terbaik yang boleh membantu Individu-Individu yang berminat untuk memulakan Perniagaan Internet tetapi tidak mempunyai asas pengetahuan mengenai Perniagaan Internet., Kursus ini merupakan titik permulaan untuk anda memulakan perniagaan internet
Firman Allah :”Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan dari kalangan kami beberapa darjat” ( al-mujadalah : 11 )

MODUL KURSUS ( 1 HARI SETIAP MODUL )

i.
Modul 1 : Usahawan Kreatif - Mencipta Peluang Perniagaan.

Tujuan utama sesi diadakan ialah untuk mendedahkan peserta kepada peluang-peluang yang menanti mereka.

ii. Modul 2 : Pemasaran Dalam IT dan Aplikasi E-Dagang
Merentasi Teori ( RM 345.00 )

Tujuan utama untuk memberi pendedahan asas kepada para peserta tentang cara mengaplikasikan pengetahuan ICT untuk menjana pendapatan.

iii. Modul 3 : Perjalanan Menuju Matlamat ( RM 345.00 )

Terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu:
1. Persediaan Minda - Perjalanan Menuju Matlamat
2. Kemahiran Berfikir kreatif

iv . Modul 4 : Praktikal Keusahawanan Internet ( RM 345.00 )

Teknik-teknik membangun laman web/ Blog secara praktikal di dalam makmal komputer kemudian disusuli dengan bengkel.

Yuran Penyertaan : ( Pakej : Modul i, ii, iii, iv )

Promosi untuk masa terhad sahaja
Ahli Kelab : RM 235.00 ( + Yuran Kelab RM25.00 )
Bukan Ahli Kelab : RM 450.00

Yuran Pendaftaran Ahli Kelab Dijari :

1. Yuran pendaftaran : RM 10.00

2. Yuran Tahunan : RM 15.00

· Percuma Web Hosting
· Sagu Hati RM 50.00 untuk peserta melalui anda

No comments:

Post a Comment