Saturday, February 14, 2009

5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)

by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
Ramai yang tanya, apakah tip-tip panas (hot tip!) untuk perniagaan sempena tahun 2009 ni…

Here’s 5 tips from me:
  1. Target “baby boomers” mereka yang ramainya tidak effected dengan economy meltdown. Mereka adalah dalam lingkungan umur 50+
  2. Target produk “affordable” dan bukan “luxury”. Sesuatu yang mampu dibeli dan bukan sesuatu yang untuk kemewahan.
  3. Mulakan perniagaan yang berkos rendah - kos permulaan dan overhead rendah. The best is Soho (small offcie, home office) seperti perniagaan Internet atau pun perniagaan perkhidmatan.
  4. Produk kesihatan (health & wellness) akan berada dalam permintaan tak kira ekonomi jatuh/naik.
  5. Produk-produk organik juga antara trend baru perniagaan yang akan boom


Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapat mengubah approach perniagaan supaya dapat sustain tak kira ekonomi turun/naik.


Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk target market baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru.
All the best dalam perniagaan 2009!

Thursday, February 12, 2009

KURSUS MEMPERKASA GENERASI INTERNET

Kami mempelawa mana-mana individu untuk menyertai kursus ini .
Kursus ini di kendalikan oleh “PROFESIONAL TRAINER”.
Bakal Usahawan Internet Sekalian!!!
Internet telah membuka satu dimensi dan medium baru dalam dunia perniagaan di Malaysia dan seluruh dunia. Jika dahulu Air Asia telah memonopoli proses jualan tiket penerbangan melalui internet, kini bermacam-macam lagi syarikat dan perniagaan lain telah menggunakan internet sebagai medium jual beli dan fenomena ini telah berkembang dengan amat pesat sekali. Mengikut statistik daripada Internet World Stats
http://www.internetworldstats.com/, sehingga 31 December 2007 terdapat 1,319,872,109 pengguna internet seluruh dunia.

Antara objektif nya adalah :
  1. Memberi bimbingan dan kemahiran asas dalam bidang ICT untuk membolehkan peserta-peserta memperluaskan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan mereka


  2. Menggalakkan masyarakat /Graduan berdikari dengan memanfaatkan sepenuhnya teknologi ICT yang diperolehi untuk terlibat dalam dunia perniagaan internet .


  3. Menggalakkan peserta-peserta menjadi usahawan internet dengan menggunakan sepenuhnya kemahiran teknologi Internet atau dotcom untuk memasarkan produk atau perkhidmatan bukan sahaja kepasaran tempatan malah kepasaran global secara perseorangan atau berkumpulan bagi tujuan menambahkan pendapatan mereka.

  4. Melahirkan generasi celik IT, mampu membangunkan laman web / Blog sendiri untuk menjalankan perniagaan internet dan kepentingan organisasi.

Program ini adalah sebuah platform terbaik yang boleh membantu Individu-Individu yang berminat untuk memulakan Perniagaan Internet tetapi tidak mempunyai asas pengetahuan mengenai Perniagaan Internet., Kursus ini merupakan titik permulaan untuk anda memulakan perniagaan internet
Firman Allah :”Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan dari kalangan kami beberapa darjat” ( al-mujadalah : 11 )

MODUL KURSUS ( 1 HARI SETIAP MODUL )

i.
Modul 1 : Usahawan Kreatif - Mencipta Peluang Perniagaan.

Tujuan utama sesi diadakan ialah untuk mendedahkan peserta kepada peluang-peluang yang menanti mereka.

ii. Modul 2 : Pemasaran Dalam IT dan Aplikasi E-Dagang
Merentasi Teori ( RM 345.00 )

Tujuan utama untuk memberi pendedahan asas kepada para peserta tentang cara mengaplikasikan pengetahuan ICT untuk menjana pendapatan.

iii. Modul 3 : Perjalanan Menuju Matlamat ( RM 345.00 )

Terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu:
1. Persediaan Minda - Perjalanan Menuju Matlamat
2. Kemahiran Berfikir kreatif

iv . Modul 4 : Praktikal Keusahawanan Internet ( RM 345.00 )

Teknik-teknik membangun laman web/ Blog secara praktikal di dalam makmal komputer kemudian disusuli dengan bengkel.

Yuran Penyertaan : ( Pakej : Modul i, ii, iii, iv )

Promosi untuk masa terhad sahaja
Ahli Kelab : RM 235.00 ( + Yuran Kelab RM25.00 )
Bukan Ahli Kelab : RM 450.00

Yuran Pendaftaran Ahli Kelab Dijari :

1. Yuran pendaftaran : RM 10.00

2. Yuran Tahunan : RM 15.00

· Percuma Web Hosting
· Sagu Hati RM 50.00 untuk peserta melalui anda

Monday, February 9, 2009

Muslim perlu kuasai bidang ekonomi untuk perbaiki nasib

Potensi umat Islam dalam bidang ekonomi sangatlah besar di seluruh dunia Islam. Tetapi sayang, umat Islam masih menjadi pengguna, bukan pengeluar. Usaha mengembalikan potensi ekonomi umat Islam mestilah dimulai dari memperbaiki kualiti sumber daya manusia itu sendiri. Peningkatan kualiti sumber daya manusia hendaklah dimulai daripada cendekiawan dan pengusaha Muslim supaya terus membuat program barangan keluaran Muslim. Salah satu hal yang perlu diberi perhatian utama dalam menegakkan potensi ekonomi umat Islam adalah menciptakan kualiti sumber daya manusia Muslim yang mantap.

Kedua, perancangan strategik yang mampu memenuhi keperluan umat secara telus dan mendasar sehingga umat Islam merasa bangga dan prihatin dengan hasil kerja saudaranya sesama Islam. Ketiga, dari sudut kualiti tenaga kerja, persiapan pada peringkat bawahan sudah mampu dibekalkan dengan tenaga mahir serta berkemampuan.

Jepun menjadi negara maju kerana menguasai ekonomi. Yahudi menguasai dunia kerana potensi ekonomi. Umat Islam dapat mematahkan pengaruh ekonomi Yahudi yang begitu kuat hanya dengan kekuatan ekonomi, bukan dengan kekerasan dan keganasan.

Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, sektor ekonomi dikuasai Yahudi, lalu Baginda SAW membuat dan membeli tanah lapang untuk dijadikan pasar wakaf. Sebelumnya ada tiga pasar yang dikuasai orang Yahudi iaitu Zabalah, Yasari dan Safasir. Kemudian Baginda memerintahkan pedagang Muslim untuk berpindah ke pasar wakaf. Dalam tempoh lapan bulan, ketiga-tiga pasar Yahudi itu menderita kerugian besar. Demikian semoga hal ini menjadi aspirasi bagi umat Islam keseluruhannya.

Islam tuntut umat kejar kemajuan

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada kelompok mereka." (Surah ar-Ra'd, ayat 11)

Kebekuan pemikiran adalah disebabkan manusia tidak mempergunakan segala nikmat pancaindera yang dianugerahkan Allah untuk menilai kebesaran dan nikmat-Nya. Lantaran itu mereka tetap dalam lubuk kegelapan dan sukar menerima perubahan. Gagal mempergunakan pancaindera untuk menilai perubahan yang akan mendapat kutukan Allah.
"Sesungguhnya Kami sediakan neraka Jahanam itu untuk jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi mereka tidak cuba memahami, mempunyai mata tetapi tidak berusaha melihat (nikmat Allah), mempunyai mata tetapi tidak berusaha melihat (nikmat Allah), mempunyai telinga tetapi tidak mendengar. Mereka umpama haiwan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah al-Aqraf, ayat 79)

Perasmian Program Memperkasakan Belia dijari.com Dun Kok Lanas


Perasmian Program Memperkasakan Belia dijari.com Dun Kok Lanas, Kelantan Darul Naim oleh Senator Dato Haji Ahmad Rosli bin Ibrahim pada 26 Julai 2008.

Majlis Perasmian SEMINAR KEUSAHAWANAN INTERNET


Majlis Perasmian "SEMINAR KEUSAHAWANAN INTERNET MUSLIM dijari.com" oleh Yang Berhormat Abdul Fatah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan Darul Naim pada 1 Nov 2008 bertempat di Juita Inn, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Thursday, February 5, 2009

ISLAM TERCABAR

ISLAM TERCABAR

Umat Islam kini menghadapi pelbagai krisis yang mengakibbatkan Islam itu sendiri disalahertikan serta tidak nampak akan keindahan dan kehebatannya. Krisis akidah , akhlak, kemunduran dan perpecahan merupakan antara yang kritikal yang perlu ditangani .

Keadaan ini memberi gambaran seolah-olah Islam tidak berupaya membina kecemerlangan serta gagal menyelesaikan masalah umatnya masa kini.

Sabda Rasullullah saw:
”Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya”


JIHAD MUAMALAH

Justeru , tuntutan supaya bangkit dan kembali dihormati perlu menjadi agenda utama setiap individu Muslim Mukmin. Maruah dan martabat Islam dan umatnya wajib diangkat dan dijulang kembali setingginya seperti tingginya kedudukan itu sendiri. Islam perlu diyakini mempunyai sistem dan carnya yang tersendiri mencakupi pelbagai aspek dalam membina ketamadunannya. Khazanah ini perlu di bongkar dan diterokai supaya dapat dimanafaatkan oleh umatnya.

Jihad dan persediaan untuk bangkit perlu dibuat daripada setiap sudut. Salah satu daripada cabang jihad yang boleh dimanafaatkan dan masih belum mencapai tahap memberangsangkan ialah Jihatd dalam bidang Muamalat yang masih terdapat banyak ruang yang boleh dipertingkatkan.

Mempertahankan kekayaan adalah salah satu daripada elemen penting dharuriat. Dharuriat melibatkan tanggungjawab mempertahankan elemen-elemen kritikal demi memastkan survival diri dan masyarakat. Para Ulama’ menggariskan lima elemen penting dharuriat yang wajib dipelihara oleh umat Islam yang juga disebut sebagai Maqasid Syari’iyah demi memastikan masalah umum mereka tidak tergurat iaitu merangkumi :

1. Mempertahankan aqidah
2. Mempertahankan Nyawa
3. Mempertahankan akal dan intelek
4. Mempertahankan Harta dan
5. Mempertahankan keturunan

Ini bermakna, umat Islam juga perlu kaya material, Pencapaian minima yang perlu disasarkan adalah supaya tidak menjadi golongan yang layak menerima zakat (asnaf) disebabkan kefakiran dan kemiskinan iaitu setiap imat Islam perlu melepasi huddul-kifayah. Manakala had kekayaan minima yang seharusnya disasarkan ialah supaya seseorang itu sekurang-kurangnya mampu mengeluarkan zakat atas harta kekayaannya.

Islam meletakkan maksud yang jelas pada definasi kejayaan iaitu al-falah. Imam Ghazali mendifinasikan al-Falah sebagai kegembiraan hakiki. Kejayaan dari perspektif Islam terbahagi kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Kejayaan di akhirat adalah matlamat sebenar setiap Muslim dan disinilah erti kegembiran yang hakiki dapat dikecapi. Disanalah kehidupan sebenar bermula.

Penting ditegaskan disini, kekayaan material yang hendak kita bina perlu ditegakkan atas spitual dan rohani yang utuh. Ini penting bagi memastikan kekuatan jiwa seseorang itu tidak mudah hanyut oleh pesona keduniaan. Kekuatan material sahaja tanpa kekuatan spritual dapat menghanyutkan dunia dalam kepalsuan dunia.

Keseimbangan antara keduanya adalah merupakan satu tuntutan . Jihad Muamalat menuntut kita menjadi kaya dan menggunakan kekayaan ini demi menegakkan Islam. Hal ini adalah kerana kekayaan material menyediakan jalan dan peluang yang lebih besar bagi kita mencapai kejayaan yang hakiki di akhirat ( al-Falah ).

Wednesday, February 4, 2009

PENYERTAAN PROGRAM

MEMPERKASA GENERASI INTERNET MUSLIM

Menyedari betapa pentingnya mendalami pengetahuan teknologi maklumat yang hanya di hujung JARI ini di pelajari dan di kuasai serta tidak rela tertingal dan mundur dalam mengharungi dunia globalisasi,gagal menguasai bermakna seluruh generasi akan melarat dan merempat. Jadi betapa pentingnya komuniti jaringan yang besar dan berpakat perlu kita bimbing dan bentuk, ICT serta rasa permuafakatan adalah tunjang dan penentu kejayaan jaringan itu sendiri

Satu kebolehan yang anda perlu amalkan untuk mencapai kejayaan dengan cepat adalah kebolehan mengimplementasikan apa yang anda belajar dengan cepat. Program ini disasarkan untuk :

1. Mereka yang bekerja fulltime dan ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah secara parttime


2. Suri rumah / Armalah yang ingin memulakan perniagaan sampingan dari rumah

3. Pelajar-pelajar lepasa SPM / STPM / IPTS yang ingin pendedahan kepada berniaga di Internet

4. Golongan pesara yang ingin mempelajari perniagaan Internet untuk pendapatan sampingan

5. Graduan yang masih belum bekerja dan ingin menjadikan Internet sebagai sumber pendapatan

6. Pemilik perniagaan yang ingin memperluaskan perniagaan mereka di Internet

7. Golongan profesional yang ingin mengetahui cara bagaimana Internet boleh mengembangkan profesion mereka.

8. Mereka yang ingin kebebasan bekerja di rumah bersama keluarga...

Memperkasa Pendidikan dan pembangunan modal insan adalah suatu agenda yang besar. Ia perlu dirancang dengan teratur dan sempurna. Banyak usaha dan tindakan yang berkesan perlu dilakukan oleh semua pihak khususnya di kalangan saudara kita . Perubahan tidak berlaku begitu sahaja. Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.

MODUL KURSUS
Kursus ini memakan masa selama 6 bulan. Ianya merangkumi sesi kursus dalam kelas , praktikal serta pemantau untuk menjalankan perniagaan internet, Berdasarkan modul-modul kursus ini peserta akan didedahkan dengan peluang perniagaan Internet, motivasi kejayaan, praktikal membangun Laman Web / Blog dalam makmal komputer serta penyelenggaraannya .

Peserta juga akan dibimbing untuk membentuk “Networking” perniagaan secara on line dan of line, sehingga peserta mampu menjana pendapatan sebelum tamat program ini. Antara modul nya adalah


i. Modul 1 : Usahawan Kreatif - Mencipta Peluang Perniagaan.( Satu Hari )

Tujuan utama sesi diadakan ialah untuk mendedahkan peserta kepada peluang-peluang yang menanti mereka.

ii. Modul 2 : Pemasaran Dalam IT dan Aplikasi E-Dagang Merentasi Teori ( 1 Hari )

Tujuan utama untuk memberi pendedahan asas kepada para peserta tentang cara mengaplikasikan pengetahuan mereka untuk menjana pendapatan.

iii. Modul 3 : Perjalanan Menuju Matlamat ( 1 Hari )

Terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu:
(1) Persediaan Minda - Perjalanan Menuju Matlamat
(2) Kemahiran Berfikir kreatif
Program persediaan minda - Perjalanan Menuju Matlamat.

iv . Modul 4 : Praktikal Keusahawanan Internet ( 1 Hari )

Teknik-teknik membuat laman web secara praktikal di dalam makmal komputer

Bengkel : Teknik-teknik membangunkan Laman Web & Blog secara praktikal di dalam makmal komputer - Penguasaan

PROGRAM INI AKAN DIKENDALIKAN OLEH TEAM DIJARI.COM DENGAN MENAMPILKAN " Professional Trainer "

Sesiapa yang ingin mendapatkan pejelasan lanjut boleh menghubungi :
Presiden Kelab : Sdra. Ariff - 012-9595992
Timbalan Presiden : Cg. Alias -014-8142021
Setiausaha : Sdra. Hazizi : 013-9305003
T. Setiausaha : Mr. Tommy : 013-9263735

SEMINAR MEMPERKASA GENERASI INTERNET MUSLIM






Tujuan utama PROGRAM MEMPERKASA GENERASI INTERNET MUSLIM ini adalah untuk memberikan pendedahan, kesedaran dan menggalakkan penggunaan teknologi ICT kepada semua golongan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti Kelab yang berasaskan ilmu. Imu merupakan asas yang perlu dimilikidan dikuasai oleh manusia.


Firman Allah :”Allah meninggikan darjat orang-orang yang berimandiantara kamudan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuandari kalangan kami beberapa darjat” ( al-mujadalah : 11 )


Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah dengan pekerjaan mereka, termasuk juga mereka yang tidak ada kerja. Mereka ini harus memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perniagaan melalui internet ini. Ia boleh dijalankan di rumah dengan kos yang sungguh minimum.

Bagi graduan menganggur pula, mereka patut merebut peluang ini dan tidak menunggu pekerjaan makan gaji. Bahkan saya sarankan bukan sahaja kepada graduan menganggur, tetapi sesiapa juga sebagai satu cara mendapatkan pendapatan sampingan dan memantapkan ekonomiIrfan Jutawan Internet Malaysia


Bumiputera yang memiliki tahap ekonomi yang masih rendah tidak harus melepaskan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja. Peluang ini harus direbut sebaik mungkin kerana ia sedang terbuka luas dan masih banyak ruang yang belum diteroka, memandangkan Malaysia masih lagi berada di tahap awal dalam penerimaan perniagaan melalui internet.

Perniagaan internet adalah penyelesai kepada banyak masalah. Ia boleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi kesesakan lalu lintas, kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak serta kepada mereka yang masih menganggur, ini adalah peluang untuk membentuk peluang pekerjaan bagai mereka.

PENGENALAN

Kelab Komuniti DiJari Kelantan ( DiJari ) telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara ROS. DiJari yang membawa maksud dunia ICT berada di hujung jari anda dan anda mampu Menjana Pendapatan Di Hujung Jari anda. Asas penubuhan Kelab DiJari adalah untuk menyatukan ahli-ahli yang mempunyai satu wawasan kearah mewujudkan masyarakat ICT di Kelantan serta merapatkan jurang digital antara masyarakat.

Pengertian Logo / Lambang

1. Hitam melambangkan Kemewahan , kelincahan dalam mengatur kehidupan yang seimbang.

2. Hijau melambangkan Alam semulajadi yang sungguh romantik,penuh dengan keindahan dan kedamaian yang dapat menjernihkan pemikiran dan unsur keseimbangan dalam kehidupan

3. Merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu serta semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran , Menarik perhatian serta berwibawa

4. Putih melambangkan Kesucian, keikhlasan serta kesucian . Bermoral, anggun dan idealis.

5. Asas Logo Kelab Komuniti DiJari ( DiJari ) terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan prinsip, Kemantapan, dan perjuangan memartabatkan keilmuan untuk kebahagian dan kesejahteraan sejagat.

6. DiJari.com adalah membawa makna Dunia Teknologi IT di hujung jari anda serta memfokoskan setiap ahli menggunakan sepenuhnya teknologi internet atau dotcom

7. “Your global gateway” yang membawa maksud gerbang dunia tanpa sempadan

8. Bulan Sabit melambangkan komuniti yang beragama islam


TUJUAN / MATLAMAT

Tujuan asas penubuhan Kelab Komuniti Dijari Kelantan sepertimana yang telah dijelaskan oleh Pengerusi Kelab adalah ::

1. Memberikan pendedahan , kesedaran dan menggalakkan penggunaan teknologi ICT kepada semua golongan masyarakat

2. Mewujudkan dan memupuk masyarakat berpengetahuan ICT serta menyuburkan budaya dan cara hidup menggunakan teknologi maklumat dikalangan ahli kelab.

3. Menyediakan ruang kepada ahli untuk melibatkan diri dalam arus perkembangan teknologi maklumat serta dapat merapatkan jurang digital di kalangan ahli kelab melalui komunikasi maya dan penggunaan aplikasi teknologi maklumat.

4. Memberi pendedahan awal kepada ahli dan bakal usahawan tentang keusahawanan internet dan perniagaan multi media.

5. Membentuk sikap keusahawanan internet muslim dikalangan ahli dan memberi dorongan kepada ahli dan bakal usahawan untuk memilih keusahawanan internet sebagai kerjaya pilihan masa depan serta mempercepatkan proses melahirkan usahawan Bumiputera kelas menengah

6. mewujudkan rantaian kerjasama antara ahli dan bakal usahawan, kerajaan dan syarikat swasta dalam pembangunan usahawan atau ‘Networking’.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan Kelab ini adalah sebagai usaha kearah :

Menyediakan saluran kepada masyarakat untuk berkongsi maklumat dan bersama-sama terlibat dalam perkembangan ICT semasa.

Agenda aktiviti kemasyarakatan yang fokus utamanya adalah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi persediaan ke arah Negeri Kelantan sebagai Pusat Siber .

Menyediakan saluran kepada masyarakat untuk berkongsi maklumat dan terlibat secara langsung dalam program-program memperluaskan penggunaan dan pembudayaan ICT di negeri Kelantan.

KEAHLIAN

Keahlian Kelab Komuniti DiJari Kelantan (DiJari) adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia Lelaki dan Perempuan yang tinggal di Negeri Kelantan yang telah mencapai umur 18 tahun keatas. Bayaran pendaftaran masuk adalah :

Yuran Pendaftaran RM 10.00
Yuran Tahunan RM 15.00
Sumbangan RM 05.00
JUMLAH RM 30.00


Faedah Khairat Kematian PERCUMA berjumlah RM2,000.00 untuk setiap ahli