Wednesday, February 4, 2009

PENYERTAAN PROGRAM

MEMPERKASA GENERASI INTERNET MUSLIM

Menyedari betapa pentingnya mendalami pengetahuan teknologi maklumat yang hanya di hujung JARI ini di pelajari dan di kuasai serta tidak rela tertingal dan mundur dalam mengharungi dunia globalisasi,gagal menguasai bermakna seluruh generasi akan melarat dan merempat. Jadi betapa pentingnya komuniti jaringan yang besar dan berpakat perlu kita bimbing dan bentuk, ICT serta rasa permuafakatan adalah tunjang dan penentu kejayaan jaringan itu sendiri

Satu kebolehan yang anda perlu amalkan untuk mencapai kejayaan dengan cepat adalah kebolehan mengimplementasikan apa yang anda belajar dengan cepat. Program ini disasarkan untuk :

1. Mereka yang bekerja fulltime dan ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah secara parttime


2. Suri rumah / Armalah yang ingin memulakan perniagaan sampingan dari rumah

3. Pelajar-pelajar lepasa SPM / STPM / IPTS yang ingin pendedahan kepada berniaga di Internet

4. Golongan pesara yang ingin mempelajari perniagaan Internet untuk pendapatan sampingan

5. Graduan yang masih belum bekerja dan ingin menjadikan Internet sebagai sumber pendapatan

6. Pemilik perniagaan yang ingin memperluaskan perniagaan mereka di Internet

7. Golongan profesional yang ingin mengetahui cara bagaimana Internet boleh mengembangkan profesion mereka.

8. Mereka yang ingin kebebasan bekerja di rumah bersama keluarga...

Memperkasa Pendidikan dan pembangunan modal insan adalah suatu agenda yang besar. Ia perlu dirancang dengan teratur dan sempurna. Banyak usaha dan tindakan yang berkesan perlu dilakukan oleh semua pihak khususnya di kalangan saudara kita . Perubahan tidak berlaku begitu sahaja. Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.

MODUL KURSUS
Kursus ini memakan masa selama 6 bulan. Ianya merangkumi sesi kursus dalam kelas , praktikal serta pemantau untuk menjalankan perniagaan internet, Berdasarkan modul-modul kursus ini peserta akan didedahkan dengan peluang perniagaan Internet, motivasi kejayaan, praktikal membangun Laman Web / Blog dalam makmal komputer serta penyelenggaraannya .

Peserta juga akan dibimbing untuk membentuk “Networking” perniagaan secara on line dan of line, sehingga peserta mampu menjana pendapatan sebelum tamat program ini. Antara modul nya adalah


i. Modul 1 : Usahawan Kreatif - Mencipta Peluang Perniagaan.( Satu Hari )

Tujuan utama sesi diadakan ialah untuk mendedahkan peserta kepada peluang-peluang yang menanti mereka.

ii. Modul 2 : Pemasaran Dalam IT dan Aplikasi E-Dagang Merentasi Teori ( 1 Hari )

Tujuan utama untuk memberi pendedahan asas kepada para peserta tentang cara mengaplikasikan pengetahuan mereka untuk menjana pendapatan.

iii. Modul 3 : Perjalanan Menuju Matlamat ( 1 Hari )

Terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu:
(1) Persediaan Minda - Perjalanan Menuju Matlamat
(2) Kemahiran Berfikir kreatif
Program persediaan minda - Perjalanan Menuju Matlamat.

iv . Modul 4 : Praktikal Keusahawanan Internet ( 1 Hari )

Teknik-teknik membuat laman web secara praktikal di dalam makmal komputer

Bengkel : Teknik-teknik membangunkan Laman Web & Blog secara praktikal di dalam makmal komputer - Penguasaan

PROGRAM INI AKAN DIKENDALIKAN OLEH TEAM DIJARI.COM DENGAN MENAMPILKAN " Professional Trainer "

Sesiapa yang ingin mendapatkan pejelasan lanjut boleh menghubungi :
Presiden Kelab : Sdra. Ariff - 012-9595992
Timbalan Presiden : Cg. Alias -014-8142021
Setiausaha : Sdra. Hazizi : 013-9305003
T. Setiausaha : Mr. Tommy : 013-9263735

No comments:

Post a Comment