Thursday, February 5, 2009

ISLAM TERCABAR

ISLAM TERCABAR

Umat Islam kini menghadapi pelbagai krisis yang mengakibbatkan Islam itu sendiri disalahertikan serta tidak nampak akan keindahan dan kehebatannya. Krisis akidah , akhlak, kemunduran dan perpecahan merupakan antara yang kritikal yang perlu ditangani .

Keadaan ini memberi gambaran seolah-olah Islam tidak berupaya membina kecemerlangan serta gagal menyelesaikan masalah umatnya masa kini.

Sabda Rasullullah saw:
”Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya”


JIHAD MUAMALAH

Justeru , tuntutan supaya bangkit dan kembali dihormati perlu menjadi agenda utama setiap individu Muslim Mukmin. Maruah dan martabat Islam dan umatnya wajib diangkat dan dijulang kembali setingginya seperti tingginya kedudukan itu sendiri. Islam perlu diyakini mempunyai sistem dan carnya yang tersendiri mencakupi pelbagai aspek dalam membina ketamadunannya. Khazanah ini perlu di bongkar dan diterokai supaya dapat dimanafaatkan oleh umatnya.

Jihad dan persediaan untuk bangkit perlu dibuat daripada setiap sudut. Salah satu daripada cabang jihad yang boleh dimanafaatkan dan masih belum mencapai tahap memberangsangkan ialah Jihatd dalam bidang Muamalat yang masih terdapat banyak ruang yang boleh dipertingkatkan.

Mempertahankan kekayaan adalah salah satu daripada elemen penting dharuriat. Dharuriat melibatkan tanggungjawab mempertahankan elemen-elemen kritikal demi memastkan survival diri dan masyarakat. Para Ulama’ menggariskan lima elemen penting dharuriat yang wajib dipelihara oleh umat Islam yang juga disebut sebagai Maqasid Syari’iyah demi memastikan masalah umum mereka tidak tergurat iaitu merangkumi :

1. Mempertahankan aqidah
2. Mempertahankan Nyawa
3. Mempertahankan akal dan intelek
4. Mempertahankan Harta dan
5. Mempertahankan keturunan

Ini bermakna, umat Islam juga perlu kaya material, Pencapaian minima yang perlu disasarkan adalah supaya tidak menjadi golongan yang layak menerima zakat (asnaf) disebabkan kefakiran dan kemiskinan iaitu setiap imat Islam perlu melepasi huddul-kifayah. Manakala had kekayaan minima yang seharusnya disasarkan ialah supaya seseorang itu sekurang-kurangnya mampu mengeluarkan zakat atas harta kekayaannya.

Islam meletakkan maksud yang jelas pada definasi kejayaan iaitu al-falah. Imam Ghazali mendifinasikan al-Falah sebagai kegembiraan hakiki. Kejayaan dari perspektif Islam terbahagi kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Kejayaan di akhirat adalah matlamat sebenar setiap Muslim dan disinilah erti kegembiran yang hakiki dapat dikecapi. Disanalah kehidupan sebenar bermula.

Penting ditegaskan disini, kekayaan material yang hendak kita bina perlu ditegakkan atas spitual dan rohani yang utuh. Ini penting bagi memastikan kekuatan jiwa seseorang itu tidak mudah hanyut oleh pesona keduniaan. Kekuatan material sahaja tanpa kekuatan spritual dapat menghanyutkan dunia dalam kepalsuan dunia.

Keseimbangan antara keduanya adalah merupakan satu tuntutan . Jihad Muamalat menuntut kita menjadi kaya dan menggunakan kekayaan ini demi menegakkan Islam. Hal ini adalah kerana kekayaan material menyediakan jalan dan peluang yang lebih besar bagi kita mencapai kejayaan yang hakiki di akhirat ( al-Falah ).

No comments:

Post a Comment