Wednesday, February 4, 2009

PENGENALAN

Kelab Komuniti DiJari Kelantan ( DiJari ) telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara ROS. DiJari yang membawa maksud dunia ICT berada di hujung jari anda dan anda mampu Menjana Pendapatan Di Hujung Jari anda. Asas penubuhan Kelab DiJari adalah untuk menyatukan ahli-ahli yang mempunyai satu wawasan kearah mewujudkan masyarakat ICT di Kelantan serta merapatkan jurang digital antara masyarakat.

Pengertian Logo / Lambang

1. Hitam melambangkan Kemewahan , kelincahan dalam mengatur kehidupan yang seimbang.

2. Hijau melambangkan Alam semulajadi yang sungguh romantik,penuh dengan keindahan dan kedamaian yang dapat menjernihkan pemikiran dan unsur keseimbangan dalam kehidupan

3. Merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu serta semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran , Menarik perhatian serta berwibawa

4. Putih melambangkan Kesucian, keikhlasan serta kesucian . Bermoral, anggun dan idealis.

5. Asas Logo Kelab Komuniti DiJari ( DiJari ) terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan prinsip, Kemantapan, dan perjuangan memartabatkan keilmuan untuk kebahagian dan kesejahteraan sejagat.

6. DiJari.com adalah membawa makna Dunia Teknologi IT di hujung jari anda serta memfokoskan setiap ahli menggunakan sepenuhnya teknologi internet atau dotcom

7. “Your global gateway” yang membawa maksud gerbang dunia tanpa sempadan

8. Bulan Sabit melambangkan komuniti yang beragama islam


TUJUAN / MATLAMAT

Tujuan asas penubuhan Kelab Komuniti Dijari Kelantan sepertimana yang telah dijelaskan oleh Pengerusi Kelab adalah ::

1. Memberikan pendedahan , kesedaran dan menggalakkan penggunaan teknologi ICT kepada semua golongan masyarakat

2. Mewujudkan dan memupuk masyarakat berpengetahuan ICT serta menyuburkan budaya dan cara hidup menggunakan teknologi maklumat dikalangan ahli kelab.

3. Menyediakan ruang kepada ahli untuk melibatkan diri dalam arus perkembangan teknologi maklumat serta dapat merapatkan jurang digital di kalangan ahli kelab melalui komunikasi maya dan penggunaan aplikasi teknologi maklumat.

4. Memberi pendedahan awal kepada ahli dan bakal usahawan tentang keusahawanan internet dan perniagaan multi media.

5. Membentuk sikap keusahawanan internet muslim dikalangan ahli dan memberi dorongan kepada ahli dan bakal usahawan untuk memilih keusahawanan internet sebagai kerjaya pilihan masa depan serta mempercepatkan proses melahirkan usahawan Bumiputera kelas menengah

6. mewujudkan rantaian kerjasama antara ahli dan bakal usahawan, kerajaan dan syarikat swasta dalam pembangunan usahawan atau ‘Networking’.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan Kelab ini adalah sebagai usaha kearah :

Menyediakan saluran kepada masyarakat untuk berkongsi maklumat dan bersama-sama terlibat dalam perkembangan ICT semasa.

Agenda aktiviti kemasyarakatan yang fokus utamanya adalah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi persediaan ke arah Negeri Kelantan sebagai Pusat Siber .

Menyediakan saluran kepada masyarakat untuk berkongsi maklumat dan terlibat secara langsung dalam program-program memperluaskan penggunaan dan pembudayaan ICT di negeri Kelantan.

KEAHLIAN

Keahlian Kelab Komuniti DiJari Kelantan (DiJari) adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia Lelaki dan Perempuan yang tinggal di Negeri Kelantan yang telah mencapai umur 18 tahun keatas. Bayaran pendaftaran masuk adalah :

Yuran Pendaftaran RM 10.00
Yuran Tahunan RM 15.00
Sumbangan RM 05.00
JUMLAH RM 30.00


Faedah Khairat Kematian PERCUMA berjumlah RM2,000.00 untuk setiap ahli

No comments:

Post a Comment